Wahai Penghafaz Alquran

Bismillah
Assalamualaikum
Wahai , Penghafaz Alquran .
Pertama kali kau diamanahkan Allah untuk menjaga Kalam-Nya .
Seringkali nama mu disebut sebut oleh jiran tetangga mu sebagai satu kebanggaan pada mereka " Ko kenal anak Seman tu ? Dia tu , hafal Alquran . Weyy , budak tu bagus betul . Dah lah susah nak masuk sekolah tahfiz sains tu . Bangga aku jadi jiran dia . "

Nama mu dicanang-canang dimerata rata . Bagai satu zikir kepada semua org ramai tentang amanah yg diberi olehmu .

Mereka tidak sedar bahawa itu adalah AMANAH DARI ALLAH dan TIDAK SEMUA ORANG MAMPU MENGGALASNYA . Allah pilih kamu bukan untuk kamu menjadi kebanggan org disekeliling kamu . Tapi Allah pilih kamu , kerna Allah tahu apa yg kamu mampu .

Tentang kejahilan mu . Tak semua orang tahu . Tak semua orang hadam . Apa kerja kerja maksiat yg telah kau lakukan , tak semua org mampu telan . Satu persatu . Jika mereka tahu , takkan disangka kau adalah penghafaz Alquran .

Ya , org hafaz Alquran ni bukan malaikat dan dia hanyalah manusia biasa . Namun , pernah kau sedar . Kau HAFAZ ALQURAN . HAFAZ yg bermakna menjaga . Kau ditugaskan Allah untuk menjaga Alquran.  Apa guna , kau hafaz , namun kau tak amal apa yg kau hafaz.  Sama juga dgn makna , Apa guna kau jaga , namun kau tak amal apa yg kau jaga ?

Orang yg hafaz Alquran namun tetap lakukan dosa yg dia tahu itu dosa . Dan sengaja tidak menjaga amanah nya , tidak kah kau tahu , KAU ORANG YG AKAN DILAKNAT ALLAH ?

Allah beri kau amanah , bukan untuk kau persiakan . Allah beri amanah , kerna dia tahu , kau mampu dan layak untuk menggalasnya .

Adakah kau lupa , pertama kali kau ditemuduga untuk menjadi penghafaz Alquran ?

Kau lupa ? Meh sini , aku ingatkan .

Kau datang dalam keadaan serba serbi tak tahu . Kau tahu yg kaki itu aurat namun , kau jahil ketika itu . Kau tak dapat nak amalkannnya . Datang interview baru kau sedar . Kau tak tahu , yg kau perlu labuhkan tudung hingga menutupi dada . Maka , diajarkan oleh mu oleh sang penemuduga.  Agar tudung itu ditutup hingga ke bawah dada . Katanya ketika itu , "malu lah awak dah besar . Jaga sikit ehh , awak perempuan ." katanya dengan senyuman yg manis .

Kau lupa ? Ketika mula mula acara temuduga itu dimulakan ? Ketika disuruh nya kau mengangkat tangan meng-amin kan doa nya , kau buat . Dengan penuh rasa tawadhuk , kau mengangkat tangan . Padahal , ketika itu , kau darjah 6 . Ilmu agama mu cetek . Yang kau tahu , AKU TADAH , ALLAH MAKBULKAN . Namun , dtg bisikan baik , suruh kau rasa khusyuk , rasa rendah diri . Berdoa pada-Nya . " YA ALLAH ! YA ALLAH ! JIKA KAU KATA TEMPAT INI YG TERBAIK UNTUK AKU , MAKA KAU LETAKKAN LAH AKU DITEMPAT INI . TEMPATKAN LAH AKU DISINI UNTUK MENGHAFAZ AYATMU . ALLAH , BERILAH YG TERBAIK BUAT KAMI ALLAH . ALLAH ! " tak semena-mena air mata menitis dipipi gebumu itu . Allah sentuh hatimu .

Namun , disebabkan kejahilan yg sudah lama bersarang dalam dirimu ketika itu , kau lupa doa kau . Kau buat temuduga itu , main main . Disuruh nya kau jawab soalan , kau jawab buat buat salah . Buat buat taknak fikir . Bila disuruh nya kau berpidato , yg kau buat hanya lah menunjukkan kehebatan kau berpidato . Yelah , budak dapat pergi final pidato diraja kan . Padehal final je pun . Disuruh nya kau hafaz Alquran satu muka . Dan kau diberikan masa 1 hari . Malam tu , kau buat apa ? Kau mesej lelaki kan ? Yelah , kononnya tulah bakal imam kau . Pelengkap jiwamu . Konon .

Kau sedar tak ? Allah tunjukkan kekuasaan dia kat kau . Allah tunjukkan JIKA INI LANDASAN YANG TERBAIK UNTUK KAU , INI UNTUK KAU . Kau dapat tawaran masuk tahfiz sains tu weyy . Kau ? Hahaha orang yg lain yg tahu kau macam tu pun , terkejut . Kau rasa ?

Semua orang kata kau akan kena buang . Semua orang kata benda yang sama . Kau tak layak weyy . Blah ahh . Kerja baru form 1 , dah pandai nak usha usha abang senior . Apa lah kau ni . Ustazah yg interview kau pun terkejut dengan perangai kau . Dia pun sangka kau akan keluar yelah . Sebab gaya kau , macam tak nak teruskan je .

Kau rahsia kan dari mak kau . Apa kau dapat ? Hahahahaha mak kau pun , kalau tahu , mahu dia pelik dengan kau .

Tahun berganti tahun.  Bulan berganti bulan . Kau khatam ketika form 5 (lambat weyy lambat) orang suruh kau khatam time form 4 . Tapi nak buat macam mana , kau degil . Kena brainwash sesorang baru tahu nak taubat . Tu pun , masih curi curi lagi menggatal dengan lelaki . Fikir tak tahu ? Allah tahu awak .

Kau khatam , tapi bila orang tebuk (teka) kau suruh apa ni itu , suruh sambung , kau dapat ke ? Tak kan ? Jadi , apa yang kau hafaz sebenarnya ?
Semua orang terkejut kau boleh sempat khatam.  Sebab pada mereka , kau ni . Haish tak tahu lah . Kau stay smpai form5 pun orang dah terkejut ni kan kau dapat khatam .

Namun , kau je tahu apa yang buatkan kau stay . Kau janji , kau nak pakaikan mahkota pada mama abah kau . Kau nak masukkan mereka ke syurga sebab dari kecik , kau tak habis habis susahkan mereka .

Kau janji kan weyy ? Kau ingat tak tu ?

Habis spm , kau dapat result , yg kau sendiri terkejut sebab pada kau , kau boleh dapat lebih.  Tapi , Allah kata , itu yg terbaik . Kau sendiri doa .

Kau doa , kau dapat masuk Darul Quran . Kau doa , kau dapat sambung engineering . Kemudian nak sambung dekat UIA . Bila pesijilan DQ kau tak dapat , Allah suruh kau doa je lagi . Kau tanpa rasa was was . Teruskan doa .

Bila keluar je pemohonan DQ , kau isi . Kau isi dengan penuh rasa cinta . Seolah olah kau nak sangat masuk sana . Kau hanya fikir , kalau rezeki , aku dapat . Seperti yg disangka , kau dapat pergi interview , dan tanpa dijangka , kau dapat tawaran ke sana weyy !

Orang semua tak sangka . Apetah lagi kau . Allah pilih kau , supaya kau bersihkan hati kau . Allah jaga diri kau agar kau tak buat benda benda maksiat lagi . Allah sayangkan kau weyy .
فبأي ءاﻻء ربكما تكذبان ؟

Kau menangis mintak petunjuk pada Allah.  Sebab kau tahu . Kalau kau pilih ni , umpama kau , kau niiii taknak jadi engineer dah . Kau buat pertama kalinya , solat istikharah.  Mintak Allah beri petunjuk .

Awak , Allah sayang awak . Awak taknak ke hidup dengan berpaksikan Alquran ? Awak selesa ke hidup , tudung makin senteng ? Akhlak dengan Alquran , dengan mak ayah nya tah kemana . Awak tak sedar ke , ni semua sebab awak tak jaga hidup awak dengan Alquran . Allah nak tegur awak . Allah nak pelihara awak . Awak taknak masuk syurga Allah ke ? Awak taknak hayati apa yg awak baca ke ?

Awak taknak bagi mahkota dekat mak ayah awak lagi ke ? Syurga untuk mereka ?

Awak dah lupa ke ?

Xoxo
Athrhlmj
p/s : it'll have part 2 , Insyaallah.