Sayonara Jahiliyah . .

Assalammualaikum dan salam ukhuwah wahai rakan-2 sekalian :)




Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang , coretan ini bukan untuk meminta simpati , tetapi sekadar ingin berkongsi .

Aku adalah seorang yang sangat jahil dahulu . Aku hanya tahu seronok . Aku hampir lupa siapa Pencipta aku ! Aku alpa , lalai ! Mungkin , kalau mak aku tak sekolahkan aku dekat sekolah agama dulu , mungkin aku akan lupa terus kot ? Tapi , mak dan ayah aku msih tahu asas-2 agama , batas-2 agama . Msih mendidik kami dengan asas-2 Islam . 

Aku anggap , aku lah yang paling boleh dapat syurga ! Sebab , aku couple , tapi tak pegang-2 . Tak sempat buat benda tu lagi ! Aku suci lagi ! Tapi , aku tak sedar , aku mungkin tak pegang pakwe-2 aku ! Tapi , aku pegang kawan-2 lelaki aku yang lain . Terkutuknya aku ~ ( Ya Allah . . ) Aku bagi alasan pada kawan-2 aku yang tegur , ' Kita orang sedara . . ' ( Alasan bodoh je kot ! )

Bila aku balik rumah nenek aku , aku pelik ! Kakak-2 aku bertudung . Sedara-mara aku yang lelaki tak berani pegang kami yang perempuan . Apa batasan yang betul ? Sedara boleh pegang ke tidak ?

Aku couple dengan sorang lelaki yang , hmmm . . Boleh tahan hensem , tak lah pndai mana . Satu kelas dengan aku  . Budak tu , lelaki yang paling hensem ! Sebab tu , aku batak ! Sebab , aku dapat memiliki dia , orang tak ! Umpama aku lah yang paling cantik ~ Kita orang tak pernah pegang-2 , bertentang mata pun jarang . Yang rapatkan kami , hanya mesej . Aku pernah nyanyi untuk dia . Time tu , aku terfikir juga . Bukan suara tu aurat ke ? Couple tu , boleh ke tidak ? Kita orang 'menghalalkan' hubungan kita orang dengan alasan , kita orang berjanji untuk menikah . Padahal , umur baru 12 tahun ! Haram ke ?

Aku selalu sangat pakai tudung ~ Mak aku marah kalau aku buka . Pernah study group , aku buka tudung . Then , bila aku masuk dalam rumah , mak aku tegur , ' Alang kan dah baligh , pakailah tudung . ' Aku dengan membantahnya , ambil selendang . Main pakai gitu-2 je . Siap pakai lengan pendek kot ! Aku teringat dalam buku feqh darjah 3 cakap pasal aurat perempuan daripada rambut hingga ke kaki , kecuali muka dan tapak tangan . Aku pernah tengok diri aku time tu . Lengan bukan aurat ke ? Kenapa ustazah kat sekolah agama aku tu , pakai baju kurung . Tapi , tangan disenseng ke atas ? Kaki pun sama ! Dia orang , kebanyakannya bukan pakai stoking pun . Kaki aurat ke tidak ?

Persoalan mula singgah di minda , hati dan mulut . Sejak aku masuk sekolah Tahfiz . Aku makin ingin tahu ! Tapi , aku malu nak bertanya ! Aku takut orang kata aku jahil ! Aku ni , buta agama ! Nak tanya akak naqibah , takut ~ Tak tahulah takut apa . Tapi , lepas aku cuba pergi Tafaqquh yang diadakan , dengar  usrah betul-2 , hati aku tenang . Jawapan yang aku cari , aku dah jumpa . 

Tapi , aku masih gelisah ! Aku tak tahu kenapa ! Aku rasa , mungkin aku cuba mendalami ilmu Islam , tapi aku tak pernah cuba untuk mendekati yang Maha Pencipta Alam ini . Aku bosan dengan kehidupan jahiliyah ini ! Aku harap , Allah akan dapat menerangi hati aku ! Allah akan memaafkan aku ! Aku tahu , sesunguhnya , Allah itu Maha Pemurah , lagi Maha Penyayang . Aku hanya perlu meminta ! Jika Allah tak makbulkan , bermakna Allah rindu aku atau Allah ingin beri yang lebih baik . Kalau Allah dah makbulkan , Alhamdulillah ~

Doakan Aku !

Sayonara Jahiliyah ,
Nur  Athirah

Tiada ulasan: