Banyak sangat soalan nii

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum semua dan Salam Ramadhan buat semua umat Islam :)


Bagaimana kita dilahirkan ? Bagaimana kita dihidupkan ? Bagaimana kita dimatikan ? Bagaimana pengakhiran hidup kita nanti ? Wondering tak ? 

Ini hanya sekadar post peringatan or we can call it  MUHASABAH THROWBACK .

First , bayangkan eh . Kita yang daripada setitis air mani , boleh jadi manusia . Saya share sikit eh . Ada satu video ni , pelajar Jepun . Mereka buat eksperimen ayam menetas , tanpa kulit telur . Faham tak ? Nampak macam tak logik kan ? But , that;s what happen . Kalau nak tengok video full , boleh pergi fb saya : Athirah HalimJu ; Videonya gempak gila ! Sumpah tak tipu . eh ?

Then bila kita dilahirkan , mak ayah kita jaga . Pernah terfikir tak , macam mana kita yang langsung tak tahu apa-apa tu boleh sebut mama , abah , papa , umi , mami , baba and why la mak ayah punya gelaran ada pelbagai ? Pernah terfikir tak ? Wondering gila ah ! 

Tapi tengok ya , macam mana seorang ibu dan ayah boleh bersabar besarkan kita yang memang time kecik asyik nangis macam mana boleh tahan eh ? hahaha . Tengok kita yang sekarang ni lah . Ada yang setengah suka baby maybe dah biasa kot . Tapi , tak sesusah mak ayah dia jaga kan ? Bila baby tu nangis , mula lah gelabah macam bom nak meletop . Then pulangkan balik pada mak dia . haha . seriyes lawak gila . Habis kalau anak kita ? Takkan nak bagi kat suami pula ? Peranan seorang ibu jaga anak-anak kay . Macam mana seorang ibu boleh faham anaknya yang tak reti bercakap , tak reti buat bahasa isyarat tu ? HOW GUYS ? Bagi yang tak suka budak-budak pulak , tengok baby pun macam tak lalu , budak kecik buat salah sikit nak marah-marah macam member bunuh member sendiri je kan ?

Apa yang buat entry ini terhasil sebenarnya , I AM WONDERING . My mama , and only mama that I have now . Bagaimanakah beliau memahami anaknya yang macam orang kata sekarang gelar "sakai " ni ? Hahaha Sebab saya sendiri tak faham diri saya sendiri dan beliau sentiasa bangga dengan diri saya sendiri  Walau benda tu sekecil-kecil perkara untuk dikenangkan dan dibanggakan . But , for her that's everything . Bagaimana beliau boleh atur masa yang terlalu padat semata-mata untuk anak-anaknya ? Nak ingat event anak at the same time kerja dan berniaga bukan perkata mudah kan ? IAM WONDERING ! Bagaimana boleh ingat birthday , makanan kegemaran , tabiat baik buruk semua ? Padahal saya sendiri kadang-kadang boleh lupa . 

Abah saya , wali saya . Beliau yang cuba untuk jadi kuat demi keluarga . Walau dalamannya sakit . You're so perfect . Selalu nak kalau dapat suami , nak macam abah , Kenapa ? Bagaimana boleh seorang ayah , menjadi seorang mekanik ? guru ? akauntan (kadang-kadang) ? penasihat ? hakim ? tukang kayu ? buruh ? sejarawan ? idola ? haha .Padahal itu bukan kemahiran beliau . Tapi beliau cuba untuk bagi kita selesa . Demi keluarganya bahagia . How ?

For me , keluarga adalah segalanya . Walau apa pun , Allah mesti didahulukan dan Rasul diutamakan . Yeah ? Kalau kita rasa kawan kita adalah pelengkap hidup kita . Cuba fikir kembali . Keluarga kita , 
terima kita . Baik buruk kita mereka faham dan cuba untuk terima . Tapi , kawan ? Datang dan pergi . Baru dan lama berganti . Tapi keluarga ? Hilang takkan dapat diganti . 

Bagaimana pengakhiran kita nanti ? Husnul khatimah (pengakhiran baik) atau suul khatimah (pengakhiran buruk) ? Mohon dijauhkan dari suul khatimah . Amalan-amalan yang kita lakukan diterima ke tak ? Syurga ke neraka ? Boleh jadikan , orang yang kita nampak sekarang buruk , ada tatu , takde peluang untuk kembali kepada agama tu nanti yang masuk syurga kan ? Orang yang bertudung labuh , niqab ni . Kita tak tahu amalan masing-masing kan ? Kat belakang kita , boleh jadi yang kurang baik bagi pandangan kita tu yang baca Al-quran sehari 2 juz ? Yang lebih amalkan isi Al-quran dari kita yang belajar agama ni . Yang kita ni , belajar agama . Bila tanya , alhamdulillah boleh jawab . Tapi , perangai , amalan ? Kita tak tahu kan ? Allah yang pegang hati manusia ni . Bila je Allah boleh bolak-balikkan ia . Allahu .

"Manusia yang dekat dengan Allah , akan merasa dirinya tidak cukup dengan amalannya sekarang dan merasa dirinya hina dengan dosanya . Tapi manusia yang jauh dari Allah ini , merasa dirinya cukup dengan amalannya dan dirinya mulia dengan dosanya . Umpama cahaya yang dipancarkan , kau yang berada di kawasan gelap , cuba untuk mendekatinya . Kemudian kau mula lihat kekotoran yang ada padi diri kau . Kemudian makin kau dekat , makin kau sedar . Kemudian bila kau sudah dekat dengan cahaya itu , baru kau tertunduk hina kerana terlalu  banyak najis dan kekotoran yang ada pada diri kau ."

Moga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya . Aamiin .


Yang Kurang
Athirahalimju


Tiada ulasan: