Ramadhan Tiba ! Ramadhan Tiba !

 Bismillahirrahmanirrahim
Firman Allah;2:183
Hadis Nabi Muhammad SAW;
 “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keadaan iman dan mengharapkan pahala,
maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari, Iman/ 37)

Assalamualaikum semua , kita berjumpa lagi untuk kali ke-2 dalam Ramadhan ni nampaknya . Maklumlah rajin sangat sebab takde syaitan yang mengganggu cuma itulah , NAFSU .

Cakap pasal NAFSU . Ya , nafsu . semua manusia ada nafsu . Diciptakan setiap hamba-Nya , nafsu . Ada orang kata , lelaki dikurniakan satu nafsu dan 9 akal . Manakala perempuan pula , 9 nafsu dan 1 akal . YAYAYAYAYA

Tapi cakap pasal nafsu time bulan Ramadhan yang mulia ni , pernah terfikir tak . Kita tahu syaita takde . Then , kenapa kita masih boleh berfoya-foya ? Beralpa-alpa ? Macam kita je yang syaitan pun ada . Pernah terfikir tak ? Jadi sebenarnya kan yang syaitan tu , kita ke syaitan ? Syaitan sebenarnya terdiri daripada dua , iaitu JIN DAN MANUSIA . Dalam surah An-Nas sendiri kita minta Allah lindungi kita daripada dua makhluk ni . JIN DAN MANUSIA .

Mari kita lihat surah An-Nas;


Moga kita sentiasa berada di bawah lindungan-Nya sentiasa .

Kadangkala terfikir juga , siapa sebenarnya yang jahat ? Kita ke syaitan sebenarnya . ohok !
Kadang tu bila bulan Ramadhan nil ah paling pelik rasanya . Sebab marah tu kadang tu lebih lain macam dari biasa (ke aku je) . Tapi bulan ni lah kita tahu siapa diri kita sebenarnya . Kita yang sebenar-benarnya siapa . Tahap nafsu kita macam mana . Cara kita menahan diri . Cara kita layan orang . Cara kita melakukan amal ibadah . Cara kita sabar . Ha ! kata tentang sabar ;

"Setiap amal anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. Sesungguhnya dia untuk-Ku dan Aku  yang akan membalasnya. Puasa adalah tameng, kalau salah di antara kalian ada yang berpuasa, maka janganlah berkata jorok dan jangan berbicara keras. Kalau ada orang yang menghinanya atau hendak menyakitinya, maka katakanlah, 'Sungguh aku sedang berpuasa.' Demi jiwa Muhammad yang ada di tangan-Nya. Bau mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dibandingkan bau minyak kasturi. Bagi orang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan;  Gembira ketika berbuka dan gembira dengan puasanya ketika bertemu dengan Tuhannya." (HR. Bukhari, no. 1771)

(Kalau nak hurai tentang hadis ini terlalu panjang dan padat . Cuma , kita ambik yang simple dulu ya)

Kadang tu , bila bulan lain okay je . Dia lah yang paling banyak buat amal ibadah . Tapi , bulan Ramadhan ni . Bulan kita melakukan amal ibadah ni . Time ni lah dia paling hantu . Paling malas tahap gaban gila . So , sebenarnya siapa diri kita ? Selama ni , kita lakukan amal ibadah tu atas keikhlasan melakukannya atau sekadar menunjuk-nunjuk ?

Para sahabat dan para ulama’ tu , bulan Ramadhan ni lah mereka buat amal ibadah sebanyak yang mungkin . Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai bulan Al-quran . Why ? terang-terang Allah cakap dalam Al-quran , bahawa ianya diturunkan ketika bulan ini . Yang paling bestnya , dalam banyak-banyak bulan Islam , bulan Ramadhan yang disebut dalam Al-quran . Terang lagi nyata;



Ha ! Lagi best kan , kalau kita masuk bulan Ramadhan ni , dalam keadaan memang kita dah bersedia dan apabila keluar dari bulan Ramadhan ni , kita menjadi hamba Allah yang SUPERB DAEBAK ! Lagi berkat weyy

Jojojojojojojojojo ~`~

Bila kita berpuasa ni , takkan kita nak dapat hanya sekadar berlapar-lapar . Tahan nafsu makan minum bagai semua kan ? Takkan tak nak dapat pahala kan ? (Gila ke ! confirm ahhh nak derr) So ? Kenapa kita ni , tak kesah lah lelaki ke perempuan ke , banin ke banat ke , makwe ke pakwe ke , cewek ke cowok ke , STILL BUAT PERKARA YANG SIA-SIA ? ! Contoh paling mudah !

Kita bangun sahur , kebiasaannya pukul 5 pagi ahh paling lambat and ada yang 4:30 pagi (takkan ahh petang kot ) ada juga yang pukul 12 tengah malam tu dah bersahur . (sebab hang moreh then tak bangun-bangun untuk sahur) But ! Sedar tak kita ada masa untuk melakukan solat malam ? ! SEDAR TAKKKK OIII ! Kita ada masa even tak banyak sikit lah . Untuk kita bertahajud , berwitir sekali lagi , bertaubat , beristighfar , membaca Al-quran . Tapi yang dah sahur pukul 12 tu tak pasti ahh sempat ke tak nak berqiyamulail ehh . .

Selain itu , kesilapan yang kita pernah lakukan . TIDUR LEPAS SUBUH ! Ni , common ahhh sebelum bulan Ramadhan pun kita buat annn . Act , dari segi saintifik ndak elok yaaaa . Yelah , time ni otak kita boleh jadi lembap aww . Sebab tu , kalau tengok orang yang berjaya cara pengurusan masa dia sangat bagus ! HAEBAK GILAK ! Dia takkan sia-siakan masa dia walau sesaat . Bagi wanita , sedar lah ehh takde mak mertua nak wanita yang tidur lepas subuh . eh , ke ada ? takde pengalaman lorh .

Kadang tu juga , kita lalai sampai ada masa terluang tu nak baca Al-quran sebelum solat terawih . Tapi kita abaikan dengan buka phone . Ada yang buka phone paling tabik dia baca Al-quran . Tapia da yang paling win . Dia buka camera . Front camera . Kalau yang pakai iphone , pakai camera biasa je . Kalau yang camera tak cantic , ambik guna vsco . Then , tangkap gambar . Kemudian post didalam insta dengan caption , “ terawih guys” . WIN WIN WIN .

Ada juga tu , kadang kita alpa , kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada . Time makan tu , boleh pula kita berbunyi “ alaa . kan best kalau ada tuttt” “ alaaa nak tu !” “woi ! bagi aku pinggan cepat oii” tak sedar ke kita ni ? Ada orang lagi susah dari kita . tu ha ! saudara kita kat Syria dan Palestin tu ha ! kebuluq hang tau ! Ada tu , sahur tak makan pape , buka pun sama ! Hampa rasa ? ! Sedih aww . Bersyukur lah sikit kita ni ! Adoihhh

Kendatipun begitu , (jet jet SPM) kita kena sedar betapa Allah anugerahkan bulan Ramadhan ini sebagai bulan yang khas bagi umat manusia . Umat Rasulullah . Umat Nabi Muhammad . Umat Akhir Zaman kerana sebelum ini mana ada umat umat lain yang Allah khususkan berpuasa . Maka beruntunglah kita . (Apa untungnya berlapar bagai semua) Hello guys ! Okay , kalau takde bulan ni . Rasanya lah kan . Kita kenal tak siapa diri kita yang sebenarnya ? Kita reti tak maksud syukur tu ?

Dan paling penting ! Dalam bulan ni , Allah anugerahkan KHAS buat umat Akhir Zaman ini satu malam .Satu malam yang bersamaan dengan 1000 bulan . hohohoho *bunyi dram* Adakah anda bersedia ? ! Maka , apakah persediaan kita untuk berada pada malam ini ? Untuk berada pada malam ini bukan mudah ! Kerna apa ? Kerana pada malam ini , malaikat turun . Kau fikir senang-senang kau nak dapat bulan ni ? ! Ada orang kata , kalau orang yang dapat malam lailatur Qadar ni , eh ? kantoi pula malam apa . Takpe-takpe . Ha ! Ada orang kata , orang dapat melakukan amalan ketika malam lailatul Qadar ni , dia takkan bagitahu sesiapa pun . Dan juga , pada siang hari esoknya , langit sentiasa mendung tetapi tidak pula hujan . HUYOOO ! Wallahu’alam .

Yang kita kena tahu juga , Allah janjikan bagi orang yang berpuasa sebuah pintu . Pintu yang bernama Ar-Rayyan ;

"Sesungguhnya di surga ada pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa di hari kiamat masuk dari pintu itu. Tidak dibolehkan seorang pun memasukinya selain meraka. Lalu dikatakan, ‘Dimana orang-orang yang berpuasa?' Mereka pun bangkit, tidak ada seorang pun yang masuk kecuali dari mereka. Ketika mereka telah masuk, (pintunya) ditutup dan tidak seorang pun masuk lagi." (HR. Bukhari, 1763. Muslim, 1947)

Wallahu'alam .

(Entry ini , dituju khas untuk adik usrah saya yang sungguh caring //FF)
Hamba-Nya
Athirahalimju

Tiada ulasan: